Testimonies - Menstrual Problems
Posted by Nona Si Manja | 12:08 AM | Menstrual Problem | 0 comments »Ramai yang beranggapan bahawa manjakani adalah sejenis buah yang dihasiklan oleh pokok manjakani.Sebenarnya manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok mempening hasil dari tidakbalas pokok terhadapa serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria).Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas , apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil.Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani.Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli.Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering.Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.
Pokok manjakani boleh ditemui dihutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan.Di India pokok Oak digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok yang sedang kita bincangkan ini iaitu pokok mempening.
Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekita 1.8 meter.Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin , berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.
Di sesetengah tempat, bijinya yang telah direbus dan dikeringkan dan dikisar hingga menjadi tepung dan dijadikan bahan untuk memekatkan rebusan dan sup(seperti kegunaan tepung jagung) dan juga di campur bersama tepung gandum dan dijadikan roti.Bijinya yang telah dipanggang dan dikisar boleh dijadikan minuman untuk menggantikan kopi.
Manjakani sering digunakan untuk tujuan-tujuan berikut dalam perubatan:
• Awet muda: Anti-oksida dalam Manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel;
• Pencegahan kencing manis: Asid Galik boleh mencegah kencing manis dan lelah;
• Pencegahan barah payudara dan rahim: Anti-oksida dalam Manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim;
• Pencegahan bau yang tidak diingini: Manjakani yang bersifat astrigen boleh membasmi kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj;
• Merawat otot-otot dalam faraj: Tannin yang terdapat dalam Manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula;
• Mengawal lendir dan lelehan faraj: Astrigen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas;
• Mengecutkan semula tisu-tisu: Astrigen membantu mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutama selepas bersalin;
• Menegang dan mencantikkan kulit: Astrigen boleh mencantikkan kulit dan mencegah masalah kulit muka seperti jerawat;
• Mata yang sihat: Astrigen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia dapat mengecutkan tisu-tisu mata;
• Merawat payudara: Oleh kerana Manjakani dapat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman Manjakani dapat memperbaiki payudara yang hilang sifat keanjalannya;
• Gigi dan tulang: Kalsium dalam Manjakani dapat membantu menguatkan gigi dan tulang;
• Mulut: Astrigen dalam Manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut;
• Kulit kering dan berminyak: Astrigen dapat mengekal dan mengawal keseimbangan lembapan kulit;
• Merawat ulser: Amalan meminum Manjakani juga dapat membantu merawat penyakit ulser;
• Melawaskan pembuangan air kerana Manjakani mempunyai serat makanan yang tinggi.
• Vitamin, zat galian serta karbohidrat dan protein boleh membantu memberi kesihatan yang baik.
ruj: http://www.melur.com/myher
http://infowanita.blogspot
Produk Nona Manja juga mengandungi manjakani yang mampu mengatasi masalah-masalah dalaman wanita..
Produk ini juga terbukti dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh wanita.
Untuk pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Fadhilah - 019 384 1074
ulit terdiri dari dua lapisan iaitu epidermis dan dermis. Lapisan dermis terdiri daripada kolagen, fibroblast dan elastic fibers. Kemudian lapisan terakhir (ketiga) adalah lapisan tisu dibawah kulit.
Apakah kulit yang sihat dan cantik?
Kulit yang cantik dan menjadi idaman ialah kulit yang:
• Licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan
• Bebas daripada jerawat atau kulit merekah
Apakah nilai pH yang normal bagi kulit?
Nilai pH yang normal ialah 4.2 hingga 5.6. Nilai pH
• Dikekalkan melalui pengeluaran sebum dan perpeluhan
• Berperanan mengekalkan bahagian kulit luar dari merekah
• Menyekat pertumbuhan bakteria
Bagaimana saya boleh menjaga kulit saya?
Langkah-langkah untuk menjaga kulit ialah:
• Membersihkan kulit dengan
o Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak
o Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum
o Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering
o Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering
o Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit
• Gunakan pelembap selepas mandi
o Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit
o Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
o Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap
• Gunakan toner bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya
• Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata. Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
• Salin dan pakai pakaian bersih sekerap mungkin
• Lindungi kulit daripada cahaya matahari
o Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu
o Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang
• Bersenam
o Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit
• Amalkan memakan makanan
o Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
o Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
• Tidak merokok
o Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
o Boleh menyebabkan kanser
• Banyakan meminum air kosong bagi menambah kelembapan kulit