Tips Untuk Wanita

Posted by Nona Si Manja | 7:31 PM | | 0 comments »

ulit terdiri dari dua lapisan iaitu epidermis dan dermis. Lapisan dermis terdiri daripada kolagen, fibroblast dan elastic fibers. Kemudian lapisan terakhir (ketiga) adalah lapisan tisu dibawah kulit.

Apakah kulit yang sihat dan cantik?
Kulit yang cantik dan menjadi idaman ialah kulit yang:
• Licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan
• Bebas daripada jerawat atau kulit merekah
Apakah nilai pH yang normal bagi kulit?
Nilai pH yang normal ialah 4.2 hingga 5.6. Nilai pH
• Dikekalkan melalui pengeluaran sebum dan perpeluhan
• Berperanan mengekalkan bahagian kulit luar dari merekah
• Menyekat pertumbuhan bakteria
Bagaimana saya boleh menjaga kulit saya?
Langkah-langkah untuk menjaga kulit ialah:
• Membersihkan kulit dengan
o Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak
o Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum
o Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering
o Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering
o Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit
• Gunakan pelembap selepas mandi
o Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit
o Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
o Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap

• Gunakan toner bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya
• Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata. Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
• Salin dan pakai pakaian bersih sekerap mungkin
• Lindungi kulit daripada cahaya matahari
o Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu
o Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang
• Bersenam
o Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit
• Amalkan memakan makanan
o Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
o Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
• Tidak merokok
o Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
o Boleh menyebabkan kanser
• Banyakan meminum air kosong bagi menambah kelembapan kulit

0 comments

Post a Comment

Photobucket